31.7.09

Isabella




- Aku bagi intro je. nak tgk yang lain2..bukak youtube.
blog buih

Tadi ade member aku kata, kalau dia masuk kedai guitar je dia teringat citer 10 things I hate about you, masa Heath Ledger main guitar pastu Julia Stiles masuk kedai. Sungguh tak Rockstar orang itu.

"Ape benda la makcik ni citer? Aku dah la tengah rockers gila ni. Mana ada dalam kamus movie aku citer 10 things I hate about you. Citer Isabella aa beb..." fikir aku sendirian.

Opening scene, main terbalik2 kan kereta. Gila sempoi..

Ok la..sebelum aku sambung layan rock kapak, ingat pesan Makcik dalam citer nih.

"..Tapi Pak, anak kita satu-satunya perempuan..Bisa saja bikin repot..Kalau dia menyenangi musik Rock.."

Jangan main2 dengan semangat rock aku.

- "Eh ni bukan gambar Amy Search" kata aku.
blog buih

"Kak, saya nak carik tiket Search ada lagi?"

"Berapa punye?" Akak tu jawab soalan aku dengan soalan. Memang bikin panas.

"Lapan lapan..ade ke?"

"Nak berapa?" Memang binawe akak nih...kalau aku jerit macam part ending Meniti Titian Usang tu.. terkejut pulak kang. Aku terus bersabar.

"Enam kak."

"Ada. Tunggu kejap." Dia masuk amik tiket kat dalam.

"Lima ratus doploh lapan je." dia kata sebaik je dia kluar.

Aku hulur duit kemudian aku blah cepat2.

Nasib baik dia tak masuk dalam, pastu keluar cakap "takde". Tapi sekurang2nya pun cakap la "ada" awal2. Suka bagi aku saspen. Aku kena maintain rockers, mana leh nampak menggelabah. Mana tau kalau Kid ade kat tepi tu, malu aku...

Track dalam kepala pun dah tukar. Sekarang tengah tangkap lentok dengan Fantasia Bulan Madu.

"PHEEEEEEWIIITTTTT!!!"

*edit* sesape yang aku dah mintak duit, tapi tak nak bagi sebab ngengade..pastu aku tak belikan tiket, jangan nak marah aku. Manje2 je ngan aku.

30.7.09

Search konsert di awan biru.


blog buih

ATTENTION!!!

Kepada anda yang berkenaan, sila masukkan wang secukupnya di dalam account MBB saya. Wang secukupnya berjumlah 90 hinggit untuk sekeping tiket. Baki saya bagi nanti. Pagi2 esok saya nak pergi beli. Sekian, terima kasih.

162302537612 - Nadrul Shaqman


*******

Sape nak pegi tengok Search hujung minggu ni, sila hubungi aku, kita beli tiket sesame...

Hari ni tau..hari ni!!!Pheewittttt!!!!

[EDIT] - ok dah..tiket dah habis. kalau nak jugak..malam ni kita pegi beli kat HTO futsal. kat situ je tinggal harapan kita.

tu la korang lambat. aku dah ade tiket.

beli ke tak beli ke..tak dapat gak usha Nabila..dia dah kawen.



[EDIT] mana ah aku nak tau dia dah kawen...sorry aa..

kena carik yang belum kawen aa camni...

Iklan rokok.


blog buih

Jangan hisap rokok banyak2 nanti jadi Batman.

29.7.09

Si comel.

- 100% Drama Queen.
blog buih

Peah: Sofeeeeaaaaaa! Sofeeeeeaaaa!!

Sofea: Ihik ihik ihik....

Mata bulat, senyum manis, rajin berborak, jambu macam bapak dia.

Aku jatuh hati.

Kangen bangat dengan Sofea.

You can throw Me out of the AWESOME?

- El Kun.
blog buih

Hajar Berblog telah menggantikan Love Letters from ape jadah tak ingat dah..Nama blog dia sekarang You can throw Me out of Awesome. Nama lain blog ini adalah Aweso.

Kalau nak baca blog menarik yang ada satu post je tapi ade lapan cerita (Macam kisah seram Tales from the Crypt) sila lah baca blog dia.

Tapi blog dia tak seram.

Sekian iklan masyarakat tajaan Blog Buih.

28.7.09

Lapar.

-boleh carik makan dah kalau amik gmabar macam nih...
blog buih

Tengahari semalam, aku terasa lapar. Aku nak keluar ofis tapi tiada orang lain disini. Semuanya keluar. Merantau agaknya.

Aku gagahkan semangat. Kedai makan terletak agak jauh. Aku harus menapak dan menaiki lif. Namun berkat kegigihan dan semangat kepahlawanan seorang pendekar, aku terus berjalan kaki setelah aku mengunci pintu ofis.

Masuk ke dalam lif. Aku tekan huruf G. Perjalanan dari tingkat satu memakan masa, lebih kurang satu minit.

Sampai saje di kedai makan. Kedai Ab. aku mula terjenguk2 tengok makanan. Orang dah mula ramai. Perut aku dah tak berkeroncong lagi dah. Ni dah macam Al di Meola. Laju gila.

Aku pilih lauk sayur. Dua macam. Sayur Kobis dengan Sayur Kacang Boto. Sayur kobis masak macam kat dining hall manakala sayur kacang botol di goreng belacan. Sempat jugak aku sebat telur dadar satu. Sebelum pergi beratur aku letak sambal tempoyak dalam dua sudu. Cepat2 aku beratur.

Sampai lah giliran aku untuk diambil kiraan. Makcik tu tengok makanan aku. Aku tak suka orang tengok makanan aku macam tu. Dia siap adjust2 kertas balut tu. Macam aku ada letak ayam bawah nasik tuh.

"Sayur dua? Telur dadar?" Makcik tu tanya soalan yang aku malas nak jawab.

"Hmm.." Jawapan malas.

"4 hinggit" Makcik tu balas balik.

"Nah!" sahut aku penuh selamba. Aku campakkan uncang yang berisi wang besi.

"Ape ni! bayar pakai doploh sen?" Jerit makcik tu sayup2 kedengaran sambil aku berjalan pantas ke arah ofis.

Pendekar bayar pakai uncang aa..tak tau ke?

In your shoes.

-macam sial kan?
blog buih


She: I'm so busy I have to rely on it. Just try being in my shoes.

He: I've never tried your shoes but I got into your pants.

macam sial kan? kan?

27.7.09

Jika anda ke ...Kelana Mall.

- band ni best.
blog buih

Kelana Mall. 1st floor.

Aku kena jalan kaki naik dan naik tangga sebab aku tak tahu ada lif di seberang sana.

Aku pernah ke Lepaq Cafe dahulu. Masa itu ia di Hartamas. Ini reinkarnasinya di Kelana Mall.

Aku suka suara minah tu.

Mula2 dia nyanyi lagu halo kemudian I don't want to miss a thing. Selepas itu dia ada nyanyi beberapa buah lagu lagi termasuk Black & White dan Fantasia Bulan Madu.

Semua nak tinggi je. Tak nak kalah.

Jadi kalau anda ke Kelana Mall, pastikan anda hang out kat Lepaq Cafe, mana tau band ni ada.

On another note, the 27th follower won't get a special mention.

Dan post ini khas untuk pembaca di waktu malam sebelum tidur. Aku ingatkan orang selalu baca blog ni siang2 masa mengular kat opis.

gaya posing mana untuk anda?

- Model portrait dengan gaya bersantai. Gambar diambil circa 20 tahun sebelum masihi.
blog buih

Model Issue Resolution
Round or Fat Face Pose model 3/4 to the camera

Use short lighting

Raise camera angle slightly
Thin Face Pose model facing the camera
Wrinkly Face, Deep Lines Use softer, frontal lighting
Blemishes or Scars Shadow problem areas, or reposition
Big Nose Raise chin slightly

Pose nose straight into lens
Small nose Pose nose at an angle to camera
Square jaw 3/4 pose, higher camera angle
Multiple chins Stretch neck, lean head toward camera
Different sized eyes Largest eye close to camera, other in shadow

Largest eye away creates evening effect
Deep set eyes Light into eyes
Blinkers Time shot after subject blinks
Large Ears 3/4 pose

Only show one ear

Shadow second ear
Eye Glass Wearers Shoot with empty frames

Position glasses away from lights

Bring lights in from very high, or bounce off ceiling
People with Dark Hair Check to make sure that background doesn't show through hair, restyle if necessary.

Diambil dari sini

Sejak kebelakangan ini banyak gambar portrait yang saya ambil. Saya juga bercadang untuk terus mengambil lebih banyak gambar portrait selepas ini.

Jadi boleh la gunakan guide di atas untuk memastikan portraiture anda menarik dan tak perlulah saya ajar anda posing.

Contohnya kalau saya kata;

"Cuba berdiri lebih kurang 3/4 dari kamera" dan saya turut menaikkan sedikit sudut kamera, saya tidak mahu anda terasa seperti anda seorang yang square jawed.

26.7.09

Iklan tentang iklan.

- Gambar orang2 kuat main Facebook yang diambil dari Facebook. Jangan bagi nama anak "Facebook" dah.

blog buih

Sebagai menjalankan kerja2 amal Blog Buih, saya dengan ini menempel keratan yang diambil dari Facebook.

Sila buat ye.

Saya tahu semua yang baca blog ni suka main Facebook atau nama Melayunye, Fesbuk.

Terimalah..

FACEBOOK has agreed to let third party advertisers to use your posted pictures WITHOUT your permission. Click on SETTINGS up at the top where you see the Logout link. Select PRIVACY SETTINGS. Then select "NEWSFEEDS and WALL". Next select the tab that reads FACEBOOK ADS. There is a drop down box, select NO ONE. Then SAVE your changes.

24.7.09

Birthday Keptz & Post Number 600


-Ini lah rupa orang baru sambut birthday.
blog buih

This post is for Keptz. Birthday dia tempoh hari. Kami sambut secara mengejut dengan konsep futsal fusion. (Ye! sebelum kamu soal, "Aku tak tau ape tu Futsal Fusion")

Tapi dia terkejut. Ketika dia masuk pintu rumah, semua orang sergah dia. Dia ingatkan dia ke sana untuk nak amik tuan rumah pergi makan di tempat lain.

Plan hampir terkantoi.

Tuan Rumah : Eh masuk lah dulu, aku tak siap lagi.

Birthday Boy : Takpe lah duduk kat luar je ah...aku nak hisap rokok.

Buih : Aku keluar sepak mamat kang! semua orang dah ah tengah penat menyorok nak sergah!

Aku sekadar berkata dalam hati. Kalau tak kang kantoi pulak.

Tuan Rumah : Eh masuk je lah! (Tolak pintu biar terbuka sikit)

Ramai2 : Surprise!!!

Dia macam terkejut gila. Tapi control macho. Bertuah dia ada girlfriend yang baik hati organisekan surprise birthday. Bukan macam saya, saya takde girlfriend.

Selain daripada itu, post ini juga menandakan post ke 600 Blog Buih. Khas untuk birthday boy dan juga follower Blog Buih yang ke 26. Ye Blog Buih sekarang ada 26 orang follower.


Saya akhiri post malam ini dengan adegan menari "Must See" dari En Keptz. Macam monyet yang comel di dalam sangkar.

I'm Thrilled.


blog buih

what a way to end a pretty mundane week.

I know he was a big thing for me as a kid but I didn't realise that he was THAT big for the whole world too.

RIP michael jackson.

Seven Pictures From Black Coffee Honey's gig. Urbanattics@ Capsquare.







blog buih

Last Tuesday saya telah dijemput rakan untuk pergi mengambil gambarnya di Urbanattics Capsquare.

Nama band dia Black Coffee Honey. Lagu2 pun best. Vokalis pun cun. Better catch them at their next show.

22.7.09

Focus on the eye.

- Best gambar ni, Ihsan NazarIbrahim Photography menggunakan A700 nya.

blog buih

Kalau tak tau nak buat ape masa amik gambar, focus kat mata subjek.

Kalau tak tau bawak kereta, tepi sikit. Ni Lebuhraya. Bukan tempat bawak keta macam pagi raya.

Orang nak pegi kerja tau tak?!!

Kalau tak tau main bola, patahkan kaki. Tak payah menyusahkan hidup orang lain. Lagi senang.

Semalam pegi Urbanattics amik gambar kawan2. Esok je lah update.

Tali Leher Pengawas.

School Tie
-Tali leher pengawas.
blog buih

Tali leher ini milik pengawas. Pengawas mana, itu aku tak tahu. Tadi aku carik tali leher sekolah untuk diambil gambar. Puas aku selongkar, aku hanya jumpa tali leher ini.

Masalahnya, aku bukan pengawas di sekolah. Kalau pengawas macam malaikat, aku macam setan. Mungkin salah analogi aku. Pengawas macam pengawas la. Aku, still macam setan.

Jadi aku bingung macam mana tali leher pengawas ni boleh ada dalam koleksi aku. Ada tiga orang pengawas je yang aku agak rapat. Sapet, Nad atau Gel.

Tali leher orang2 kebanyakan berbelang2. Tiada crest.

Baik aku simpan balik tie ni di tempat asalnya sebelum aku tak boleh keluar town esok. Macam mana nak pergi kerja?

21.7.09

Plumber

- Dalam hutan berak kat semak.
blog buih

Sambil aku duduk di atas singgahsana, aku perasan dari bahagian tepi picu pistol air aku, air sudah mula mengalir.

"Hmmph! Produk buatan China!" Herdik hati kecil ku.

*******

Satu hari di opis aku bingung. Camane nak betulkan isu ini. Nanti ada masalah ketika berehat2 diatas takhta lambang kemegahan taklukan aku. Kadang2 ada lipas lalu dan lantas aku terkejut sambil cuba menembak dengan pistol air.

Tapi pistol air sudah rosak.

Jadi masa waktu rehat makan tengahari. Aku ke kedai amoi belakang opis.

"Kasi itu sambung tempat tembak itu air punye, tau ka?" Aku pun tak tau ape aku cakap, lagi nak tanye orang tu tau ke tak.

"Nah!" Rupenya dia tau. Aku pun terkejut.

*******

Selang 4-5 jam, aku pun sampai ke rumah. Bukan main laju lagi aku bawak keta. Tak sabar nak bertukang.

Aku godek2 dalam toolbox aku. Aku jumpa spanar boleh laras.

"Boleh ah ni kot.." Bisik hati aku.

Aku bukak baju dan labuhkan seluar ke lantai. Yang tinggal hanya bozers dengan smiley face. Kat belakang tertulis "Life is Good"

Aku segera bertukang. Aku sukat size bolt dan aku laraskan dengan spanar. Aku putar sekuat hati. Aku berhenti. Aku buat bunyi2 bassline slap dengan guitar ada wah-wah ala2 flick porno 80 an. Scene yang ada plumber boy menjadi kegemaran ramai.

Aku tukar posisi. Aku cuba longgarkan lagi. Akhirnya tercabut.

Aku pasang yang baru. Aku ketatkan kembali skru. Kemudian aku cuba semburkan pistol air aku.

"Yes lah babe!!" Aku menjerit gembira.

Adik aku di bilik sebelah mungkin berfikir,

"Kenapalah abang aku asik menjerit macam tu dalam bilik air?"

Tapi hari ni atas alasan lain. Aku berjaya repair kepala paip tandas.

* Saya ingin mengucapkan sekalung terima kasih kepada cikgu2 KHB saya, cikgu Khalid Anjang Kassim, Cikgu Thaman Singh, tanpa tunjuk ajar cikgu, saya mungkin tidak dapat berdiri di sini dengan bangganya setelah berjaya membetulkan paip air dan sekali gus tergolong dalam golongan plumber2 hebat seperti adik beradik Mario.

Kalau la ada orang berbintang Leo nampak...mesti dia teruja..

Goal Fest.


blog buih

Ni baru namanya "kena belasah!"...

180.

- Senang je...
blog buih

"Onee hundreeddd andd Eeiiggghhttyyyy!!!"

Kena jerit dengan suara garau sikit.

Ini adalah pencapaian paling best dalam main dart. Kira macam score goal yang cantik la.

Aku pernah fanatik main dart. Tapi permainan ni jahat. Banyak pengaruh Rokok dan Alkohol. Jadi aku slow down main. Sekarang aku hanya main dalam bilik sahaja. Tak main di Pub2 lagi.

*******

Aku tengok perlawanan Man Utd vs Malaysia di Stevens corner. Aku rasa Amri Yahyah tak boleh tido malam tadi. Sampai sekarang aku rasa gol pertamanya tu gol terbaik aku pernah tengok dalam bola sepak Malaysia.

Chesting, turn, Volley kaki kiri yang memperdaya salah seorang goalie terbaik dunia.

Kalau Sir Alex nak beli dia pun ok gak.

*******

"Aku tunggu kaki Rooney patah je!" Tiba2 Xul mencelah di dalam orang ramai sedang membincangkan perlawanan Man Utd vs Malaysia.

"Kenapa ko marah sangat ngan Rooney ni? Ada tiga supporter Man Utd kat sini, tapi ade ke ko dengar kitorang nak kaki Torres patah?" Aku cuba mempertahankan Rooney.

Xul memang anti United. Dia bukannya sokong Liverpool tapi dia hanya benci Man Utd. Hari tu ada dia kata nak bomb Mandarin Oriental. Tapi aku rasa dia tak Bomb JW Marriot Jakarta. Sebab dia ada kat Subang hari tu.

"Entah ape2 ah Xul nih..Owen macam mana hari tu? Ok tak dia main?" Kept mencelah.

"Owen tu kena step up his game. Dia bukan main team biasa2 dah.." Kata aku merujuk kepada permainan Owen di Stadium Bukit Jalil.

"Owen dari mana dulu?" Amad memancing dengan persoalan yang sebernanya dia tahu "by heart".

"Entah la..dari team mana entah dia keluar..tapi yang lebih penting sekarang dia dah main ngan team power, dia kena main betul2 aa..takleh ah main macam kat team2 lama dia.." Aku sambung panjang. Aku sambung lagi..

"When you are surrounded by Champions..you have to..."

"Play well?" Amad cuba membantu aku yang sedang mencari ayat..

"Keep quiet..actually" Sambung aku menghabiskan proses pembakaran.

By then, penyokong liverpool sudah senyap.

*******

"One Hundredddd Anddd Eighhhtyyyy!!!"

Jerit hati aku dengan suara garau.

19.7.09

Tali Leher.

- Bokeh-bokeh gelas yang tak cantik macam En Diaz.
blog buih

Semalam malam aku makan kat Restoran La Cocina. Sebuah Restoran Spanish di Taipan. Aku tak makan dengan awek Spanish. Makan dengan Xul dan Zano. Nik sampai kemudian. Kami semua nak pergi tengok Harry Potter.

Sebelah kami ada sebuah meja, tiga orang pelanggan. Seorang pelayan dan seorang manager yang memakai tali leher berdiri berhampiran meja.

"Mamat yang pakai tie tu budak SMSJ kan?" Kata Nik pada Xul. Obviously, sebab aku ngan Zano bukan budak SMSJ.

"Gila ramai pakai tie!" Kata Xul melekehkan ayat Nik tadi. Dia siap pandang slack lagi kat Nik.

Aku ngan Zano dah mula pelik. Kami sampai jenguk ke dalam. Ada seorang je manager pakai Tie. Pelayang tak pakai tie, para tetamu tiada seorang pun yang pakai.

"Mana ade ramai yang pakai tie?" Nik berkata tegas.

"Gila ramai orang pakai tie kat SMSJ tuh!! Yang mana satu??" Kata Xul dengan selamba.

Aku ngan Zano gelak macam orang gila.

18.7.09

Friday night lights.

-Beruang cinta
blog buih

Tadi lalu depan Eng Tong. Beli stand untuk payung.

Balik terus pasang2 stand payung. Carik mangsa2 model. Semua takde. Aku duduk bingung. Kejap lagi keluar lah tu.

Adik bongsu keluar dari bilik.

"I have a party tonight at TGI" dia cakap omputih.

" What party? you're sixteen." Aku macam berharap dia akan melepak dengan aku.

"Ala...you send me eh?" Aku angguk menamatkan perbualan.

Aku carik subjek yang sesuai. Mungkin nanti adik aku yang lain pula muncul. Boleh suruh jadi model.

"Eh Asha nak pegi dah ni.." Adik aku turun dari tangga. Sebelahnya ada dua kawan comel.

"Eh tangkap ah gambar dulu!" Aku cakap sambil pandang kawannya. Agak comel.

"Tak sempat ah! dah lambat dah ni." Dia cakap sambil turun tangga lalu hilang.

Aku paling semula. Capai beruang kat tepi meja dan amik gambar.

Beruang cinta tu pun bukan aku punya.

Kemudian aku keluar hantar adik bongsu. Dalam perjalanan pulang aku terpikir kenapa sangap sangat hidup aku. Adik2 aku keluar berparti. Aku hanya duduk di rumah.

Kemudian aku teringat. Lalu aku sengih.

Aku score sebijik tadi.

"Sape happening sekarang?!!"

17.7.09

Is this the super sub we've all been waiting for?


blog buih

Kira mamat ni macam Ole Gunnar hitam ke?

Tapi yang lebih merisaukan...banyak mamat2 Senegal rupanya bermastautin di Norway...

Haih rindu pulak tunang aku kat sana...

Thursday.

-Tyrese.
blog buih

My favorite day of the week, this week, is Thursday.

Hari Khamis minggu ini best sebab gambar2 kami sekeluarga bercuti di Medan sudah siap di cuci. Jadi tadi lepas dah buat2 kerja sampai pukul 430 petang, aku lari pegi kedai gambar kejap.

Sampai kat sana, terus bagi keratan kertas yang diberi tempoh hari.

Kakak kedai tu sebok menyelongkar. Aku pula duduk ditepi sambil melihat jari jemarinye membelek satu persatu bungkusan.

"Nah ni gambar2 awak hantar hari tu" Kata kakak tadi.

"Terima Kasih!"

Aku bayar dan balik secepat mungkin. Sampai di Darus tadi, sempat kawan2 aku tengok. Kemudian aku pulang ke rumah.

Ahli keluarga pula tengok. Beberapa gambar yang paling best di ambil menggunakan kuasa veto. Aku akur.

Sekarang aku ada banyak gambar untuk dimasukkan ke dalam album.

I think I hate Thursday after all.

16.7.09

Asking a model out.

- Male model.
blog buih

I know when this relationship started it was'nt going to be an easy ride.

But I had no choice.

"So you wanna go out to the Curve later to get the Harry Potter tickets, at 9?"

"Gimme a call first" I said before i drove off.

9pm came and left.

"Where are you?lets go..I'm hungry" I begged in the sms.

I waited for the phone to ring.

silence.

I woke up early this morning. Saw a message in my phone.

"Sorry i just woke up." The message was at 1.57am.

biasalah, male model dah tua..

Love me already baby.



blog buih



Lyrics | Black Kids Lyrics | Love Me Already Lyrics

I love this song. Reminds me of the girl I once loved.

14.7.09

Pertemuan dengan lelaki mistik.

- Milik siapakah tangan misteri ini?
blog buih

Aku sampai di Sg Buloh. Kampung Paya Jaras Dalam lebih tepat lagi. Kawan aku yang bawak aku ke mari. Katanya tempat ni ada orang pandai urut.

Walaupun aku dari Selangor. Aku tak pernah sampai Kampung Paya Jaras Dalam. Agak terpencil. Nak pegi pun kena pakai Highway Guthrie.

Kami tunggu di luar. Mereka masih belum pulang. Kami mula borak2 kosong. Biasanya kalau tak citer pasal koleq, mesti cerita bass.

"Semekom" Tetiba perbualan kami diganggu seorang tetamu. Muda. Rambut tak terurus. Pakai celana pendek cokelat. Macam orang pakai bila nak memburu ayam hutan.

"Korang datang sini nak buat ape? Nak berurut? Ke nak buat resdung" Tanye dia. Rancak dia ajak berborak.

"Mmm" Aku jawab. Aku tak suka menjawab soalan orang aku tak kenal. Takut kalau tu bukan orang.

Pakcik yang urut pun sampai. Aku pun diurut. Di lipat sana dan sini. Pemuda tadi membuat resdung. Keluar benda2 kehitaman di mukanya. Orang lain punya warna putih kekuningan.

Apabila selesai aku diurut, pakcik tadi beri obat. Aku disuruh untuk mengamalkan ubat itu untuk membuang angin.

"Kalau saya nak makan jugaobat tu boleh tak ?" Pemuda itu macam tak puas hati aku dapat obat.

"Nak makan?makan lah.." Pakcik tu beri dia satu botol.

"Saya nak urut belakang, boleh tak pakcik? Rasa macam sakit2 badan je, salah duduk ke ape ntah ni." Dia mengusap2 bahu dia sambil buat muka sakit.

"Ha..mari sini pakcik tengokkan" pakcik tu berkata. Dia bingkas bangun. Gantikan tempat aku tadi.

Aku terus beredar pulang.

Aku rasa dia adalah Tamar Jalis Jr.

Mutual Interest.

- Last shot kat kebun getah. Posing 'ala' boyband. Zano paling boyband.
blog buih

Sepanjang jalan kami berborak. Perjalanan jauh jadi banyak persoalan yang dibincangkan. Keadaan sudah mula sunyi. Kami sudah pun lepas Behrang. Malam semaking gelap. Tidak banyak kereta di jalan. Zano sudah pun terhangguk2 di tepi aku. Semua orang semaking mengantuk.

"Ko tengok tak mamat Obertan yang MU baru beli tuh? Ade kat Youtube. Aku dah post kat blog dah." Tanya aku pada semua orang.

"Power ke? winger eh? Dia main team mana dulu?" Tanya Amad.

"Aku tak tengok lagi. Tapi aku ade tengok spankwire hari tu."Kata Zano cuba melawan perasaan mengantuk.

"Aku suka Flower Tushi"Jawab Tokya.

"Eeee ngotor aa..aku suka yang sweet2 je macam Sasha Grey ke...Ashlyyn Brooke ke.."Aku mencelah kembali.

"Kira Kerner?" Tanya Tokya.

"Wei!! aku dah lost dah ni. Aku kenal sorang je.." Amad sudah mula rimas. Dia gosok2 sedikit matanya pakai belakang tangan.

"Ah kau kaki 3GP." Zano mencelah.

"Cakap la ko suka layan 3GP Mad..worst aaa ko nih!!" marah Tokya.

"First time aku tengok Spankwire, lepas tu citer kat Zano, rupenye kitorang tengok Devon yang sama." Giliran aku menyampuk.

"Wow! Devon is the best." Semua setuju dengan kata2 Tokya.

Semua orang sudah segar.

Berbuih @ Mee Udang Sungai Dua.

- Mee udang, served in a big bowl for four. Kelihatan tangan Tokya sudah tak sabar.
blog buih

Aku selalu dengar pasal kehebatan Mee Udang Sg Dua. Tapi aku tak pernah tau pulak Sg Dua tu kat mana.

Hari tu masa kat Penang, kami tergerak hati nak pegi makan Mee Udang ni. Tapi Tokya macam tak nak.

"Aku tak berapa suka makan mee2 berkuah ni." Katanya. Namun sebab kami semua sudah tiada idea, dia turutkan juga.

Zano call abang dia. Abang dia yang tau tempat ni kat mana. Abang dia pun memberi direction dengan terperinci. Malangya Zano gagal dalam menunjuk jalan. Akibatnya, kami terpaksa teka2 sendiri je.

Sampai kat destinasi yang terletak selepas jambatan, kami terus duduk. Orang yang order tu mesti tau kami ni tak biasa datang ke sini. Pelanggan lain yang sampai akan terus ke kaunter depan untuk memilih udang. Kami order air kelapa dulu. Semua minum air kelapa.

Aku ngan Zano ke depan untuk memilih udang. Aku tak biasa beli udang kat pasar. Jadi Zano yang pilih.

"Sorang dapat dua!" Katanya bila kembali ke meja.

Makanan pun sampai. Dihidang dalam satu mangkuk besar. Udang bergelimpangan.

"Slurp..Slurp..Slurp..aaaahhh"

Semua orang kekenyangan. Sempat tambah dua kali.

"Ko kata tadi ko tak suka makan mee ngan kuah?" tanya Zano pada Tokya.

"Uih..kalau yang ni..OK!" Jawab Tokya rakus.


-Gambar udang bergelimpangan.

13.7.09

Takpe kat depan ade...

- Muka puas tengok meter.
blog buih

"Tak nak ah BHP..kalau boleh carik Shell..." Kata Tokya yang sedang duduk di depan. Kami dari BM nak ke Tanjung. Jalan2 cari Nasik Kandar.

"Mana ade Shell...Shell kat sebelah sana." Kata Amad yang sedang memandu.

"Isi je ah mana2 pun..sama je.." Sambut Zano yang sedang duduk di sebelah aku.

"Takde pun kita isi kat Pulau je la..mana nak carik Shell ni..depan tu dah jambatan" Kata aku sekali gus menamatkan usaha mencari Shell. Kami bayar tol lalu meneruskan perjalanan.

Selepas 3km di atas jambatan.

"Wei jam wei!!!" kata Tokya di hadapan. Kami di belakang pun terus menjenguk. Memang sesak. Sejauh mata memandang.

"Tak lepas minyak kita ni." Amad mula bersuara cemas.

"Aku dah cakap dah tadi..isi je mana2! Aku tak nak tolak kereta kat tengah2 jambatan Pulau Pinang ni!!" Zano pula mula bersuara cemas.

"Rilek2 sempat sampai..tutup aircond dulu." Aku cuba menenangkan keadaan.

Selang 4km.

"Wei tank dah betul2 zero dah ni!!" Amad yang sedang memandu semakin cemas.

"Ok aa Mad...takyah isi kat Shell aa...mana2 aah" Kata Tokya.

"Bodoh! betul2 kat tengah jambatan ni baru kau cakap macam tu...nak isi kat mana?" Zano mula marah. Dia juga turut merungut pasal kepanasan dalam keta.

"Turun2 jambatan ni, ko stay kiri...depan tu sikit ada stesen minyak." Aku cuba rilek walaupun sudah cuak.

Kami sampai ke hujung jambatan. Minyak tak ditekan. Kami menggelungsur perlahan. Amad menyusur ke kiri. Ke arah Queensbay Mall.

"Mana stesen minyak ko Peah?!!" Tokya tanya setelah beberapa minit terus memandu.

"Eh dah takde ke?" Memang aku tak pernah tau pun stesen minyak kat mana. Aku saje je cakap nak sedapkan hati kawan2.

"Tak dapat dah ni wei..berhenti jap tanye sape2.." Sambung aku lagi. Aku yang paling rilek pun dah cuak gila. Amad ngan Zano dah bisu.

Nasib baik jumpa Anak Antu yang tolong tunjuk jalan ke stesen minyak terdekat.

"Petronas pun boleh ah!!" Kata Amad seronok.

"Ke ko nak carik Shell jugak?" Zano jadi sarkastik sebelum kami masuk stesen minyak tersebut.

Alien di Kuala Lumpur.

-Bukan alien, jangan tangkap dia.
blog buih

Bila sampai opis pagi tadi, aku pegi ke kedai nyonya kat bawah untuk beli air coklat. Sambil2 tu tengok2 surat khabar. Biasalah, nak beli malas. Bukan banyak sangat benda nak baca kat dalam surat khabar Malaysia ni.

Tiba-tiba!!

Di surat khabar The Star terdapat sebuah laporan di muka depan tentang laporan dua orang di Kuala Lumpur yang telah ternampak lembaga seakan2 alien di kawasan berhampiran rumah mereka. Aku jadi terkejut. Aku teliti betul2 gambar alien tersebut, ternyata bukan seperti gambar2 yang selalu aku lihat di seluar2 baggy pada era 90an. Kadang2 ada pada dompet atau t shirt juga.

Alien2 itu dikatakan mempunyai banyak suara dan suka berbuat bising.Badannya juga besar seperti yang tertera di gambar yang ditangkap Encik Cheong di Subang Jaya.

Kawan saya diatas itu juga berada di Subang Jaya, banyak bunyik dan suka berbuat bising. Badan juga besar seperti yang tertera di gambar yang ditangkap Encik Peah.

Tapi dia bukan alien.

Jadi nasihat saya kepada semua orang, kalau orang Indon pun kita terima datang ke negara kita, terimalah alien2 ini dengan hati yang terbuka. Mungkin dia hanya mahu mencari sesuap nasi dengan menjadi pekerja buruh asing namun telah ditipu agen yang hanya gilakan wang ringgit.

Jangan lah kita mendera pula alien2 ini dengan menggunakan seterika atau menyimbah dengan air panas. Nanti alien2 lain akan marah dan menyerang bumi.

Mungkin mereka hanya mahu membuka workshop disini.

Sekian teori saya.

9.7.09

This boy is good!


blog buih

Let's hope at Man Utd he'll become better!

Gatal Kaki.

- Hadiah harijadi aku yang ke 26 dari saudara Gel.
blog buih

Tiba2 semalam rasa macam nak main bola. Aku tak tau apasal. Tapi rasa macam nak sepak2 bola. Mungkin sebab hari selasa hari tu aku tak main bola. Last sekali main hari Jumaat. Tapi main bola sekarang ni penat dia macam dua kali ganda.

Masa baru habis sekolah dulu, selalu main kat Padang Asam. Keliling padang ni ada pokok asam jawa. Yang main bola kat situ pulak, kadang2 ada satu Jawa.

Bila dah ada duit sikit dan dah pandai keluar malam, cuba2 main bola kat Centrepoint. Sekarang ni tempat tu dah takde dah. Main atas Jalan Tar. "Street Soccer" la konon. Kalau jatuh, bersepai lutut.

Kemudian muncul MISA. Terletak dekat belakang Jaya One. Masa tu mahal nak main futsal ni. Seminggu sekali je.

Kemudian zaman gila main futsal. Dari Segambut sampai Balakong semua pergi "try". Tambahan pula, Subang Jaya memang tempat pembiakan pusat2 futsal. Semua aku dah pernah main. Seminggu kadang2 sampai 3-4 kali.

Sekarang ni gian main bola datang malam2 buta. Semua sebab dah bertahun2 main bola waktu malam je.

Nak tido ke nak main bola?

8.7.09

It's 3 a.m now. Where is your bass?

- Bass ini pernah menlalui zaman yang lebih gemilang.
blog buih

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Aku berdiri seorang diri di tengah2 bilik aku.

"Mana bass aku?" Aku masih kaku disitu hanya otak ku yang berpusing. Mencari bass di dalam bilik yang berselerak.

Aku baru teringat aku telah meyimpannya di dalam hardcase. Agak lama dia bertapa sendirian di situ. Aku capai hard case yang bukan milik bass itu.

"Kenapalah aku gi simpan dalam hardcase nih?" Aku memaki tindakan masa lampau aku sendiri.

"Snap! Plak! Clap!" bunyi2 tatkala aku membuka semua latch2 di keliling kotak keras berwarna hitam.

"ALAMAK!"

Baru aku sedar. Aku buka tali nya dahulu. Aku gantikan pada bass murahan yang menjadi permainan aku ketika bosan. Selama ini dia terbarin di situ, tidak bertali. Bagaikan kumbang terputus talinya.

*******

Hari ini, aku nekad. Aku akan pasang tali bass Yamaha TRB1005F ini.

Aku beli tali di Bentley. Seutas tali B berukuran 0.130.

Tali2 yang lain dah ada dirumah. Aku beli semasa aku ke Singapura dahulu.

*******

Sebelum post tadi, aku main2 bass. Lagu Michael Jackson, Get on the floor dari album Off the wall.

7.7.09

Mercun.

-"Sape bangang sangat bakar mercun ni? Aku nak kawen aah.."
blog buih

Tahun 1998 di suatu petang yang amat membosankan. Macam sekarang kat office ni, tapi takde Facebook dan Blog Buih. Bosan gile.

Aku nampak Im datang dari West Wing. Tersenyum2 menampakkan gigi putihnya. Muka nakalnya sukar dibendung.

"Aku bawok mercun balik dari kampung..ko nak tengok tak Peah?" Tanya dia penuh semangat.

"Tengok je nak buat ape? Bakar aaa!!!" Aku memang suka kawan ngan budak2 nakal macam Yew-U.

Panjang mercun tu. Bila digantung dari atas ceiling kat corridor East Wing, ia hampir mencecah lantai. Dalam satu perpuluhan lapan meter kot.

"Pap Pap Kerepap Pap!!" Bunyi mercun nyaring dan panjang. Mercun yang berwarna merah itu terbakar lalu meninggalkan cebisan2 kertas kecil kemerahan yang bertaburan di sepanjang corridor. Ada yang terbang masuk ke dalam Dorm 4.

Bila pandang Dorm 4, baru kami sedar akan mercun yang dibakar tadi betul2 disebelah cubicle Fect Sapet.

"Weih! ape tu weih!!" Dia keluar menggelabah..berlari2 sambil tunduk2 kepala macam takut terkena peluru liar.

"Bangang aa bakar mercun depan Dorm aku!" dia control macho kembali apabila sedar akan apa yang berlaku.

Kemudian dia terus mengomel lalu masuk semula ke dalam Cube untuk menyambung tidur.

"aosihfpaohva;uvfhaos...owiuha"

Tiada siapa faham ayat2 yang keluar dari mulutnya.

Penyakit kegemaran ramai.

- Kalau gosok2 pakai kaki ni mungkin boleh dapat gak penyakit tu.
blog buih

Masa kat sekolah dulu, bila nak dekat2 cuti, semua orang sebok nak sakit. Kalau dapat cuti awal 2 minggu, campur dengan cuti sekolah 2 minggu dah 1 bulan cuti. Memang best.

Tapi macam mana nak sakit sedangkan kami semua remaja sihat, segar bugar? Senang saja. Sakit mata. (Yang merah2 gatal2 tu.)

Kenapa tak sakit lain? Penyakit lain mungkin dapat MC sekejap sahaja. Samada 2 hari jika demam atau mungkin memerlukan anggota badan patah macam patah tangan. Kedua2 choice ini tak best. Sakit perut paling tak best sekali. Tak akan dilayan. Sakit2 lain pula mungkin mendapat perhatian doktor dengan lebih serious.

Jadi macam mana nak dapat sakit mata segera? Terdapat berbagai teknik yang dilakukan. Ada yang sanggup letak colgate dalam mata. Ada yang genyeh sampai nak tercabut.

Paling klasik, bersihkan tingkap kelas. Habuk yang banyak akan membuatkan mata anda gatal.

Masa tu tingkap kelas bersih gila.

Tapi opis aku nye tingkap bukan jenis macam kat kelas 2 Cemerlang dulu.

6.7.09

Dewi Durian & Dewa Ketam.

- Tapak kaki Dewi Durian... bau tempoyak?
blog buih

"2 Kati cukup aa?"

"Haa? Cukup kot.." Aku jawab pantas. Aku pun tak pasti jika 2 kati ketam cukup untuk kami bertiga.

Kami di Fatty Crab. Fatty Crab adalah kedai menjual Ketam yang amat digemari berhampiran Taman Megah. Aku pun tak pasti samada Crab itu yang "Fatty" atau pun orang2 yang makan Crab yang akan jadi "Fatty".

Selepas 2 kati ketam, satu pinggan nasi goreng, 11 keping roti bakar dan half dozen ayam goreng, aku yakin bukan ketam itu yang "Fatty".
"I rasa nak makan durian la. Korang nak makan durian tak?" Tiba2 dia bersuara. Aku tahu dia suka makan durian. Tapi selepas makan Fatty Crab, aku dah tak larat nak makan durian.

Dia pandu ke Uptown. Kedai sudah pun ditutup. Apek di hadapan kedai sedang menyapu sisa2 kulit yang berduri.

"Di SS2 masih ada" Semangat durian sudah mula merasuk dirinya. Kegilaan mula terpancar dari segenap wajah.

Kami tiba di SS2. Ada beberapa keluarga sedang makan. Ada seorang amoi Cina sedang khusyuk dengan duriannya. Hot pants hijau. Boyfriend di sebelah kelihatan gembira.
"Dah habis la..esok sajalah" Kata India yang menjaga kedai durian di SS2.
"Kita balik saja la..I dah tak larat dah ni" Aku cuba menenangkan keadaan.

"I nak jugak. Kita tengok kat Shah Alam nak?" Soalan yang tidak memerlukan jawapan. Kalau aku jawab, aku pasti akan menjadi mangsa keadaan. Jawapan sudah pun diketahui. Cuma dia mahu dengar dari mulut aku. Aku terpaksa menjawab walaupun tidak rela. Dia pandai menggunakan teknik ini. Bagaikan sebuah kurniaan Tuhan.
"Nak..." Aku jawab.

Kami pusing sehingga ke Seksyen 18. Jam sudah pun menunjukkan 10 minit sebelum pukul 11. Aku yakin semua kedai durian sudah mulai tutup. Tambahan pula, esok hari Isnin.
"Bang ada durian tak?" Dia tanya sambil tangan masih menekan butang yang menurunkan cermin tingkap.
"Ada satu je..." Kata abang yang sedang mengemas kedai di Seksyen 9.

"Haa! boleh ah bang, saya dah tak tahan dah ni!!" Tetiba dia menjerit lalu keluar dari kereta. Kunci kereta masih terbiar di dalam. Enjin masih hidup.

Dewi Durian lebih hebat dari Dewa Ketam.

The Journey, A Celebration and A year older.

"pening kepala bermula disini, kawanku."
blog buih

The Journey - A surprise transfer. Sir Alex went for the aging Michael Owen. Is he still the terror he once was? Have his lightning pace deserted his old legs? I don't know and I am not one to judge as I have not see him play for quite sometime.

Anybody still remember Teddy Sheringham?

The Celebration - A simple wedding. In Shah Alam. My old mate from Kolet days is now a husband. I hope he'll be a good husband.

In an unprecedented move, Sapet picked a bestman that nobody could have guessed. Ever!.
Anybody remember Pesot 97?

A year older and a year wiser. Yup, He knows it all.

2.7.09

Pengalaman nak naik kuda di Brastagi.

- Tak payah la naik kuda, jalan kaki lagi bagus.
blog buih

Hari pertama di Medan, kami terus ke Brastagi. Ia sebuah tempat pelancongan di kawasan berbukit. Tentu sekali udara amat nyaman dan sejuk.

Sampai sahaja di sana, kami di bawa ke Pasar Buah. Di sini banyak di jual buah-buahan,sayuran dan juga pokok bunga.

Selesai membeli bekalan untuk dibawa pulang ke hotel, kami dibawa bersiar2 ke atas kawasan pergunungan. Jalan agak sempit dan banyak gerai2 jualan di lereng bukit. Terdapat juga banyak pemuda menarik kuda. Salah satu tarikan di sini adalah menikmati pemandangan dengan menaiki kuda.

"Ika nak naik kuda la.." Adik perempuan aku yang bongsu bersuara. Memang diantara kami adik beradik, dia yang paling suka dengan binatang. Aku paling tak suka.

Pak supir memberhentikan kereta Kijang/Innova di tepi sebuah gerai kosong. Adik aku terus meloncat keluar kereta. Aku terkial2 dengan barang2 kamera. Sekurang2nya boleh ambil gambar kenang-kenangan.

Bila aku keluar dari kereta. Terdapat sekurang2nya 10 ekor kuda dan juga penjaga kuda tersebut. Kami terpisah semuanya. Semua dipaksa naik kuda. Jalan aku dihalang. Adik2 aku juga terpisah. Semua alasan kami tidak dihindari. Semua semata2 untuk beberapa ribu rupiah.

"This is not comfortable maa!!" Aku jerit di tengah lautan yang dipenuhi kuda2.

"Apa dia?!!" Memang mak aku tak dengar. Suara penjaga2 kuda sahaja yang kedengaran.

"Get back in the car! Ika, masuk dalam kereta!" Aku jerit kuat2. Semua terdiam. Aku terus masuk dalam kereta. Nasib baik semua orang dengar. Semua masuk secepat mungkin.

Janganlah paksa2. Aku lemas.

Macha, where are you?


- kaler dia macam nak sama camni...
blog buih

Petang tadi, aku sampai agak awal kat local joint a.k.a Darussalam. Aku order secawan air teh o limau panas. Macam biasa, yang sampai lain dari yang diorder. Aku paksa mamak tu tukar. Dia tukar dengan muka fed up.

Meja sebelah aku ramai budak2 20 tahun. Ada beberapa awek comel. Salah seorang dari bebudak tu kawan baik adik aku. Macam biasa, meja kalau ramai, mesti la bising. Aku duduk seorang diri kat situ.

"Tunggu la kawan2 aku sampai..aku bising lapan kali ganda dari korang". Macam diorang tau2, takde sorang pun sampai. By 7 o'clock, bebudak tu pun dah balik. Salah seorang awek tu ada cakap kuat2,

"I kena sampai rumah before my father comes back from the office!"

Kesian dia.

Lalu aku pun bangun. Tak tau apa nak dibuat. Aku hidupkan enjin kereta lantas memandu ke arah SS14.

"Baik aku gunting rambut. Rambut pun dah panjang tak terkawal ni. Kalau tak dipangkas, nanti ada split end pulak. Sia2 menggunakan syampu bersama Urang Aring." fikir aku dengan terperinci.

Sampai di depan kedai gunting favorite aku tu. Aku tengok ramai mamak2 berkumpul di depan kedai.

"Ada pertandingan tiru gaya Michael Jackson ke ape ni?" Aku berjalan dengan penuh semangat memotong rambut.

Aku sampai di depan kedai. Aku tinjau2 ke dalam, kelibatnya tidak kulihat. Aku jenguk kat kedai mamak sebelah, juga tidak kelihatan. Aku sudah mula panik.

"Mau gunting rambut ka bos?" Aku ditegur seorang budak India. Mungkin gaya seluar checkered dan baju merah jambu aku membuatkan dia salah sangka aku mahu memeriksa Lesen TV.

"Mana mamak selalu potong kerusi depan ni?" Aku tanya dia sambil mengabaikan soalan serba bodoh dia tadi.

"Dia sudah balik kampung la Bos" Jawabnya sambil menggelengkan kepala.

Aku kebingungan. Macam tak percaya Macha ni dah balik kampung. Lagipun ayat digunakan "kampung" selalunya macam kat Teluk Intan, Kuala Pilah atau Kuala Lipis.

"Bila dia nak balik sini?" Aku tanya sambil mencari2 Macha itu di celah2 rak majalah.

"Dia balik India la bos...Tak balik sini lagi" Dia jawab macam soalan aku pulak bodoh. Aku tak terpikir lak "kampung" tu kat India.

"Huh?" Aku tak terkata. Aku memulakan langkah. Langkah hampa kehilangan si penggunting rambut. Aku gunting rambut dengan dia dari aku kecik sehinggalah lebih kurang sebulan yang lepas. Dari aku takde misai sampai aku berjambang tebal. Kini dia telah pergi tanpa meninggalkan khabar berita.

Jadi kepada sesiapa yang ada jumpa seorang lelaki India, kurus tapi tak lemah, rambut kemas tersisir rapi, muka macam chipmunk2 sikit, badan bau macam mandi pakai sabun buku FAB, tangan tak berbulu untuk mengurangkan friction dengan muka yang akan menyebabkan rasa geli, jari jemari yang lembut sesuai untuk dilarikan di atas kepala aku untuk menyelak rambut2 aku, sila beritahu dia khidmatnya diperlukan.

Kalau dia dah kat sana, mana aku nak gunting rambut lepas ni?

1.7.09

Michael Jackson


-version live.
blog buih

Pagi Jumaat di dalam kesejukan Brastagi, aku dikejutkan dengan berita yang amat memeranjatkan.

"Michael Jackson dah mati." Kata mak aku.

Aku terpinga2. Jauh di dalam hati aku, aku macam tak percaya. Michael Jackson ada sepanjang hidup aku.

Masa kecik2, aku paling takut bila video clip ni kluar. Lama2 aku jadi suka. Lepas tu aku nak jadi Michael Jackson. Masa tu aku putih, sebok aku nak jadi hitam. Sekarang dah hitam, dia pulak dah putih.

Tapi lepas tu aku jadi dewasa. Michael Jackson dah jadi tak cool. Dah pandai dengar lagu rock. Michael Jackson ikon pop disisihkan.

Sekarang dia dah takde. Aku pun dah bosan dengar lagu2 rock. Aku carik balik lagu Michael Jackson. Aku carik balik kaset Dangerous. Aku ketawa bila dengar Ad-Lib2 dia.

Aku nak try tengok video clip tu balik. Takut lagi ke tak?

Medan Experience.

-Hotel in Brastagi.
blog buih

Keluar saja dari airport@bandara, kami telah bertemu dengan tour guide kami sepanjang kami di Medan.

Terus turun berjalan ke kereta. Tiba2 saja ada beberapa orang lagi datang dengan penuh mesra

"Mari saya tolong angkatkan beg"

"Mau pergi ke mana ni?" tanya seorang lagi.

"Abang saya angkatkan beg" salah seorang dari mereka menegur aku.

"Takpe, ringan je" aku memang tak suka orang nak baik2 terlebih ni.

Sampai kat kereta, mereka dah sibuk menghurung kereta. Mereka sibuk angkat beg masuk ke bonet. Macam bekerja keras gila. Padahal beg semua ringan.

"Minta dibayar la upah bu" kata salah seorang mereka.

Aku dah tak sedap hati dah. Aku dah detect dah modus operandi mereka.

Macam biasa mak aku baik hati, hulur seringgit.

"Mintak sepuluh ringgit la bu" Lelaki tu tidak ambil kertas biru di tangan ibuku.

"Dah, dah..jangan bagi..." Aku kata pada semua yang di dalam kereta.

"BAMM!!!" mamat Indon tadi menutup pintu kereta dengan kuat. Terkena kepala lutut aku.

Sakit gila.

mari bela binatang.

- kalau bela sampai besar2 ni..pastu pandai posing manja cam ni pun dah kira ok dah...

blog buih

Biasanya aku malas nak promote2 barangan orang di blog aku. Unless model dia comel dan menawan atau pun blog jualan kawan aku macam blog shahir atau blog jualan barangan kecantikan Maoi.

Tapi hari ni aku nak promo ni. Bela binatang. Aku terserempak masa membuang masa tengok2 kat lowyat.

Tolong la bela. Mesti semua orang tabik ngan sape2 yang bela.