7.7.09

Penyakit kegemaran ramai.

- Kalau gosok2 pakai kaki ni mungkin boleh dapat gak penyakit tu.
blog buih

Masa kat sekolah dulu, bila nak dekat2 cuti, semua orang sebok nak sakit. Kalau dapat cuti awal 2 minggu, campur dengan cuti sekolah 2 minggu dah 1 bulan cuti. Memang best.

Tapi macam mana nak sakit sedangkan kami semua remaja sihat, segar bugar? Senang saja. Sakit mata. (Yang merah2 gatal2 tu.)

Kenapa tak sakit lain? Penyakit lain mungkin dapat MC sekejap sahaja. Samada 2 hari jika demam atau mungkin memerlukan anggota badan patah macam patah tangan. Kedua2 choice ini tak best. Sakit perut paling tak best sekali. Tak akan dilayan. Sakit2 lain pula mungkin mendapat perhatian doktor dengan lebih serious.

Jadi macam mana nak dapat sakit mata segera? Terdapat berbagai teknik yang dilakukan. Ada yang sanggup letak colgate dalam mata. Ada yang genyeh sampai nak tercabut.

Paling klasik, bersihkan tingkap kelas. Habuk yang banyak akan membuatkan mata anda gatal.

Masa tu tingkap kelas bersih gila.

Tapi opis aku nye tingkap bukan jenis macam kat kelas 2 Cemerlang dulu.

2 comments:

  1. kau lupa satu lagi penyakit popular.. demam campak.. berebut budak2 nak kena..

    ReplyDelete
  2. BEtul gak tuh..demam campak.

    Tapi jangan dengar cakap mamat kat atas ni...dia paling hina tektik dia..Belum masuk Form 1 lagi dah ponteng nak dkt setengah tahun.

    Kaki patah konon....

    ReplyDelete