- Tapak kaki Dewi Durian... bau tempoyak?
blog buih
"2 Kati cukup aa?"
"Haa? Cukup kot.." Aku jawab pantas. Aku pun tak pasti jika 2 kati ketam cukup untuk kami bertiga.
Kami di Fatty Crab. Fatty Crab adalah kedai menjual Ketam yang amat digemari berhampiran Taman Megah. Aku pun tak pasti samada Crab itu yang "Fatty" atau pun orang2 yang makan Crab yang akan jadi "Fatty".
Selepas 2 kati ketam, satu pinggan nasi goreng, 11 keping roti bakar dan half dozen ayam goreng, aku yakin bukan ketam itu yang "Fatty".
"I rasa nak makan durian la. Korang nak makan durian tak?" Tiba2 dia bersuara. Aku tahu dia suka makan durian. Tapi selepas makan Fatty Crab, aku dah tak larat nak makan durian.
Dia pandu ke Uptown. Kedai sudah pun ditutup. Apek di hadapan kedai sedang menyapu sisa2 kulit yang berduri.
"Di SS2 masih ada" Semangat durian sudah mula merasuk dirinya. Kegilaan mula terpancar dari segenap wajah.
Kami tiba di SS2. Ada beberapa keluarga sedang makan. Ada seorang amoi Cina sedang khusyuk dengan duriannya. Hot pants hijau. Boyfriend di sebelah kelihatan gembira.
"Dah habis la..esok sajalah" Kata India yang menjaga kedai durian di SS2.
"Kita balik saja la..I dah tak larat dah ni" Aku cuba menenangkan keadaan.
"I nak jugak. Kita tengok kat Shah Alam nak?" Soalan yang tidak memerlukan jawapan. Kalau aku jawab, aku pasti akan menjadi mangsa keadaan. Jawapan sudah pun diketahui. Cuma dia mahu dengar dari mulut aku. Aku terpaksa menjawab walaupun tidak rela. Dia pandai menggunakan teknik ini. Bagaikan sebuah kurniaan Tuhan.
"Nak..." Aku jawab.
Kami pusing sehingga ke Seksyen 18. Jam sudah pun menunjukkan 10 minit sebelum pukul 11. Aku yakin semua kedai durian sudah mulai tutup. Tambahan pula, esok hari Isnin.
"Bang ada durian tak?" Dia tanya sambil tangan masih menekan butang yang menurunkan cermin tingkap.
"Ada satu je..." Kata abang yang sedang mengemas kedai di Seksyen 9.
"Haa! boleh ah bang, saya dah tak tahan dah ni!!" Tetiba dia menjerit lalu keluar dari kereta. Kunci kereta masih terbiar di dalam. Enjin masih hidup.
Dewi Durian lebih hebat dari Dewa Ketam.
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment