19.2.09

gambar pembaca 3



blog buih

Ini pula adalah hasil tangkapan gambar dari pasangan Maoi dah Ayumi. Tapi aku tau ni bukan Maoi yang tangkap. Sebab fotopages Maoi tak smart cam gambar2 ni tapi flickr tunang dia ada banyak gambar smart2. Kalau tak percaya, boleh click kat link tu. Kalau rasa lawa, sila komen kat sana. Aku dah komen kat yang paling smart sekali.

Sticker tak cukup eh? Nanti hari ni hantar lagi la. Sape2 lagi nak sticker yang stylo macam tu, boleh lawat sini. Blog itu cool.Sticker tu sebenarnya pelekat cermin kereta tau, kalau nak lekat kat dinding pun boleh jugak. Nasib baik Maoi tak lekat kat lintah dia. Dia bela lintah untuk mengisi masa lapang.

Kalau takde sticker tu, dinding purple tu sure tak selawa itu kan?

Yang second picture tu, takde la explicit sangat blog ni.. tetapi kadang2 ada la diselit2 kan gambar awek cun. Kalau dah tukar blog kaler pink untuk sebulan, buat stiker pun kaler pink, aku kena pastikan kejantanan aku dengan tengok gambar2 perempuan. Tu je. takde nak letak jawatan pun.

3 comments:

  1. suka ke? hihihi. sticker tu nak lagiiiii!!!!

    ReplyDelete
  2. nakkkkkkkkkkkkkkkkkk..
    kiutnye.
    kaler dia pun kacak.
    nak nak nak nak.

    kalo nak..
    macamana ek?

    ReplyDelete