16.2.09

Makan durian di Jalan Alor.


blog buih

Jalan Alor pernah menjadi kontroversi apabila ada pihak yang mahu menukar namanya. Pada dasarnya, aku juga tidak setuju. Walaupun tidak akan tercalar sedikit pun status dan tarikan Jalan Alor itu jika diubah namanya, namun mungkin banyak kekeliruan yang akan timbul kelak. Jadi ada baiknya ia tidak diubah. Bayangkan kalau Oxford St atau Orchard Rd berubah nama. Tentu ramai yang keliru.

Aku duduk di meja plastik bersama tiga orang rakan. Durian di pilih dan di kopek. Tauke Cina datang dan meletakkan buah itu di atas meja. Durian itu amat sedap.

Signboard yang bertuliskan "Jalan Alor" betul2 di sebelah kami. Tanda bermulanya jalan yang banyak makanan. Ada ayam yang di masak dan ayam yang berjalan2. Kalau yang berjalan2 tu mahal sikit kot. Dah la tak kenyang. Baik takyah beli.

Ramai orang yang masuk ke dalam Jalan Alor itu mengambil peluang bergambar kenangan dengan signboard "Jalan Alor". Aku jadi pelik. Aku tangkap gambar mereka.


"Buat ape nak tangkap gambar kat signboard ni? "

Ada cowboy sesat berdiri dekat2 signboard tu. Aku rasa tadi dia ada tambat kuda dia kat situ sebelum dia jalan2 kata Sg Wang. Balik2 dah hilang.


Dalam perjalanan pulang ke kereta yang agak jauh (parking kat depan Federal Hotel). Aku dikejutkan dengan kehadiran beberapa superhero seperti Spiderman, Power Rangers, Ultraman..Pink Panther pun ada.

Padan la aman Jalan Alor ni.



Kalau dah sampai nampak Ultraman tu memang nak kena balik umah dah tu....

4 comments:

  1. penah try rojak buah jalan alor tak?i dunno if it operates at night ke tak but its one of the best i've tasted.

    ReplyDelete
  2. tak, tak pernah lak makan rojak buah kat Jalan Alor.

    Nanti aku try, aku blog....pastu kau marah aku...

    ReplyDelete
  3. biasa aa..

    Jalan Alor memang noisy...

    siot ah dah malam..pakai iA mode..camni ah jadi dia..

    ReplyDelete