19.2.09

Restoran Rose Masakan Nogori 911-SSTSB 16


blog buih

Semalam, aku teringin nak makan masak lemak. Aku buzz Stickyfinger kat YM. Dia pun lapar. Aku pun set "lunch date" dengan dia.

Kedai ini terletak di Jalan Kampung Pandan. Dekat2 jugak dengan kedai Kari Kepala Ikan yang famous tu.

Pilihan makanan di sini banyak. Masak Lemak je dah dekat 5-6 jenis. Ada daging, ayam, ikan dan telur itik. Kemudian ada pula berbagai jenis sayur-sayur. Antara yang sedap di sini adalah sayur pecalnya.

Aku sampai2 je, tengok makanan terus lapar. Akak tu pulak timing macam cun je terus hulur pinggan berisi nasi panas. Berasap2. Cepat2 aku tuangkan masak lemak cili padi atas dia. Pilihan aku semalam, masak lemak telur itik. Kemudian aku ambil sambal goreng. Sambal goreng dia juga sedap. Ada tempe, ada tahu dan kacang panjang. Tapi yang disini kurang pedas. Aku suka yang pedas sikit.

Setiap kali aku datang ke kedai ini, aku mesti tukar2 pilihan lauk. Kecuali... ikan goreng yang best ni. Aku pun tak tau nama ikan tu apa. Tapi dia memang sedap. Sape tau nama ikan tu? tolong bagi saya jawapan. Ikan tu hensem2 gak la..

haa tu nampak gambar ikan tu..yang sebelah ayam kampung tu..tengah senyum2 je tu..

Selepas memilih makanan dan air pun diletakkan di atas meja, kami pun memilih meja untuk duduk. Terus kami berdua fokus pada makanan. Last aku dengar Stickyfinger kata "Sedap masak lemak nih..." Lepas tu aku dah tak dengar ape2 dah. Khusyuk gaulkan sambal dengan tempoyak. Lalai dengan lemak telur itik.

Bila makanan dah habis. Aku duduk tersandar. Kawan aku tu pun dah buat muka kenyang. Dia bawak keluar sebatang Semporna Hijau. Dia ketuk2 atas meja. Sementara itu, aku berlegar di tempat2 makanan pencuci mulut. Aku nampak tapai. Aku amik tapai tu.
Putih isi tapai tu macam salju. Aku makan dengan lahap sekali. Kejap je dah habis. Kawan aku perhatikan saja aku. Aku bingkas bangun semula. Berlegar2 di ruangan kedai menangkap2 gambar. Abang2 yang sedang beratur tu macam tak puas hati."Menyemak lak budak ni..dah kenyang duk la diam2". Mungkin itu kata mereka

Kemudian, aku terlihat sesuatu yang asing. Kuih2 hijau, bujur dimandikan dengan kuah putih yang pekat. Aku asyik tengok seorang akak menyudip masuk ke pinggan.

"Kak, ni macam mana nak makan kak?" tanye aku separa comel.
Tapi kalau akak ni jawab "Makan kot mulut la" ...memang aku backhand gak die sekali.

"Cuba la satu dulu..sedap ni dalam dia ada kelapa dengan gula merah" Kata akak itu dengan lembut sekali.

Aku yang termakan kata2 manis akak tu terus meminta dua. Namun nyata ia sedap. Lalu aku abadikan kenangan ku bersama kuih..Badak Berendam.
Aku dah habis makan. Kawan aku masih mengetuk2 rokok Semporna Hijau di atas meja.

1 comment:

  1. yg ikan goreng tuh namonyo ikan goreng sardin...peh tuh badak berendam tuh pakai gula anau....hehhe..

    ReplyDelete