25.2.09

Sudut Luas 0.45x


Gambar dari depan Starbucks Pyramid, bawah kepala singa.
blog buih

Seperti yang sedia maklum di dalam post yang lepas, sekarang saya sedang memasuki era HDR atau High Dynamic Range photos. Semua ini saya hasilkan melalui camera LX3 yang best itu.

Mungkin gambar2 dibawah tidak cukup baik lagi, maklumlah saya masih belum menuntut ilmu dengan Che'gu Ropizan.

Tadi saya ke Sunway Pyramid. Saya mengambil peluang itu untuk mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan modal membuat gambar2 HDR ini.

Namun, tujuan sebenar saya ke Sunway adalah untuk membeli sebuah alat. Sebuah alat yang akan membuat LX3 lebih besar dan bulky. Alat yang saya maksudkan adalah Tube converter dan Wide angle untuk LX3. Gambar berikut saya ambil menggunakan Wide angle tersebut. Perhatikan perbezaannya dengan gambar yang tidak di ambil menggunakannya di atas.

Saya amat gembira kerana akhirnya saya sudah juma converter itu.

Esok, ura2 kata kawan2 saya hendak ke Kuala Lumpur. Mahu makan tengahari. Saya akan pastikan kamera saya ada bersama2 untuk mengambil gambar2 yang lebih hebat lagi.


Ha! luas kan? Semua kedai masuk..
Bagaimana?Adakah HDR best?


Dari parking lot.

Satu masalah yang paling ketara dengan pemprosesan HDR ini adalah, gambar2 harus dikecilkan agar komputer akan dapat memproses gambar dengan lebih cepat. Mungkin saya patut mencuba dengan gambar yang besar sedikit. Tak nampak sangat kan?

Nanti, bila saya sudah mahir, saya buat post yang lebih terperinci untuk cara2 melakukannya.

5 comments:

  1. percubaan yang baik.

    Tingkatkan usaha anda!!

    ReplyDelete
  2. Baiklah, Chaiyok! Chaiyok!..hah cam gampang...

    ReplyDelete
  3. nice shot! *dari seorang yg miskin ilmu fotografi

    ReplyDelete
  4. tak berapa nak nice la sebenarnya.

    saya akan berusaha lagi!

    Chaiyok! Chaiyok! - shit! aku kena berenti type benda nih

    ReplyDelete