blog buihAku tak bergelap malam ni. Aku kena attend wedding. Sape lak gile nak suh orang kawen dalam gelap? Camane aku nak tangkap gambar? Takpe, aku ade external flash. Tapi aku tak panggil flash aku Cobra dan berborak2 dengan flash tu kalau bosan macam Zaha.
Mungkin setelah sejam bergelap, kita akan terpikir, "asal la aku gi ikut diorg ni semua bergelap?"
Terus terang aku cakap, aku nak ikut sebab Maya Karin suruh. Bukan sebab2 enviromentalis.
Tapi kan bagus kalau dia suh buat tu pukul 3 pagi ke?5 pagi ke? Imagine kalau earth hour kul 5 pagi. Kul 5, TNB blackoutkan satu Malaysia. Sape yang tengah tidur boleh bangun untuk Semayang Subuh, pegi tai Chi atau antart paper dan jual putu mayam.
Budak2 yang belum balik sedang terkinja2 kat Kelab Malam atau sedang melepak2 kat mamak pun tentu kena balik.
Kan lagi bagus?
Kalau tak pun, lain kali buat la Earth Hour tu pukul 9-10 pagi Senin. Ha ni best...boleh masuk kerja kul 10 pagi hari Isnin. Pukul 9 dan 10 dipagi hari Isnin, banyak bezanya. Kan?
Aku dah terpikir dah apa aku nak buat dalam gelap hari tu sebelum aku tau aku akan ke wedding Maoi.
Kalau aku terpaksa bergelap di waktu Earth Hour, 7 perkara yang aku akan buat ialah.
1) Main guitar. Kalau umah aku blackout, aku akan menyanyi. Kan aku dah cakap umah aku selalu blackout time hujan. Nyanyian aku boleh hentikan hujan. Go figure.
2) Buat BBQ. Aku ingat nak buat. Tapi sebab ada orang yang buat, tak ajak pun. Aku tak jadi ah buat.
3) Amik gambar. Aku ingatkan nak beli Radio Trigger hari ni. Tu yang carik Kedai Eng Tong tu. Kalau tak aku dah boleh amik gambar2 strobist dah.
4) Jalan2 bawak lilin. Kumpul ramai2, bawak lilin banyak2. Best. Tapi nanti masuk Harian Metro lak cakap puja api.
5) Bukak Citer hantu. Best kalau ade awek2. Nanti dia takut gedik2. Tapi sebab kawan2 aku macam Amad je yang lebih2 takutnya, tak jadi gak ah. Amad kalau gedik lagi horror dari hantu.
6) Keluar lepak depan umah. Satu benda yang best bile blackout, aku biasa akan keluar. Time tu malam rasa sunyi sangat. Ada bunyik2 cengkerik. Ada bintang2 kat langit. Semua tu aku tak nampak selalunya bila terkurung dalam bilik ni.
7) Tidur. Aku rasa ni paling logik. Aku pasang air cond dari kul 7, pasang kuat2. pastu set timer off kul 830, on balik kul 930. Aku tutup lampu bilik dan aku tunggu Maya Karin dalam mimpi2 indahku.