5.3.09

Salah taip lah!


blog buih

One of the things that really rock our socks off, is catching a friend saying something wrongly. We even have a term for it. I'm not sure how to spell it, but we call it Ketok ( not as in ketuk but as in ke-talk)

Eventually, all the ketoks that has been said will be compiled and in extreme cases where the ketok is of an epic mistake, it will slowly sip in to our daily life. If I were to walk down the memory lane and recall all these ketoks, I'm sure i'll have handful of blog entries in no time.

Dalam dunia serba canggih ni, kegiatan mengetok telah pun menular ke alam siber. Bila dah sangap2 kat opis, mula la chat ngan kawan2. Bila dah galak sangat berchatting, dah type laju2...akan wujud lah ketok typo.

Bagi pelopor2 permainan ketok ni, mereka tidak akan menyerah kalah kalau kantoi dengan ketok masing2. Kena buat muka selamba sambil menegakkan benang yang basah. Terus tukar ayat dan buat muka tak bersalah je. A classic true-event example :

X : Berapa ringgit tadi kita minum?
Y : Tiga ringgit sepuloso
X : Hah? Sepuloso?
Y : Kau tak tau cakap Spanish eh?

Jadi kemahiran menipu dan kebolehan membuat muka selamba dapat ditajamkan lagi di samping ego yang digilap kaw2. Tadi aku typo ketok.

Buih : Nanti pegi Bandung, kita beli tiga helai jenas
Kawan : Hah?
Buih : Jermaine Jenas
Buih : Jenas Brothers
Buih : Makcik Jenas
Kawan : wahahahaha Bodo!

Kadang2, tiada apa yang boleh dilakukan untuk men'cover' aib..tapi kena berusaha juga.

Selamat Mencuba.

*Tempoh hari, aku terbaca budak2 komen gambar di Facebook pakai perkataan "kari" dalam konteks yang selalu aku pakai. Tak tau mana dia belajar. haih....

4 comments:

  1. uuuiiii...jenas jenas kat Bandung mmg murah oooo....boleh mandi jenas lah pendek kata...

    ReplyDelete
  2. "saya belum mahu mandi jenaslah" kui kui kui...

    tengok blog Umi Mia ni la yang tak boleh tahan nak gi Bandung ni...

    Kalau nak kena racun shopping kat Bandung, baca la blog dia..

    ReplyDelete
  3. hahahaha..tu typo yonex...

    lagi satu.."consfere"

    conference yang tertypo..lama2 semua orang cakap consfere.

    masalah mental tul kawan2 aku nih..

    ReplyDelete